Kamu harus bisa mengerti bahawa segala sesuatu yang wujud di alam ini adalah merupakan KONSEP-KONSEP. Apakah itu KONSEP?
KONSEP tak terdefinisi tapi ianya bisa dipecahkan kepada beberapa bahagian.
KONSEP terdiri daripada:
(In English)
1. Elements
2. Functions
3. Priority Arrangement
4. Connector
5. Integrated System
6. Process
7. Effects
Fahamilah perkara ini dan fikirlah sebaiknya. Ia akan membantu kamu menyelesaikan banyak perkara mengenai kewujudan.
Contoh:-
- Sebuah kereta adalah satu KONSEP.
- Lalu senaraikan apakah Elemen-Elemen yang ada pada sebuah kereta satu persatu. Seperti tayar, stering, bateri dan sebagainya
- Setiap Elemen pada kereta mesti ada Fungsi masing-masing. Kenalilah setiap Fungsi bagi setiap Elemen yang ada pada kereta satu persatu. Seperti tayar apa fungsinya, bateri apa fungsinya dan sebagainya.
- Setiap Elemen yang ada pada kereta juga mestilah disusun dan diletakkan ditempat yang sesuai untuknya bagi membolehkan ianya berfungsi, seperti tayar tidak boleh letak kat stering dan seterusnya. Kenali bagaimanakah menyusun setiap Elemen mengikut kedudukan yang telah dikhaskan untuknya bagi membolehkan ianya berfungsi dengan betul.
- Setiap Elemen pada kereta mestilah mempunyai "Connector" tertentu yang menghubungkannya dengan Elemen-Eleman yang lain pada kereta itu bagi membolehkan setiap Elemen itu saling bantu membantu dan beroperasi sebagai satu "Integrated System" sebuah kereta. Ketahuilah kedudukan "Connectors" tersebut satu persatu.
- Dan kereta sebagai sebuah "Intergrated System", tentulah ianya mempunyai Proses-Proses tertentu bagi membolehkannya mempunyai Kesan sebagai sebuah kereta. Kenalilah Proses-Proses tersebut.
- Oleh itu jika kereta anda tidak boleh berfungsi maka tentulah kereta tersebut sama ada:-
- Tidak mempunyai cukup Elemen sebagai sebuah kereta
- atau jika cukup Elemen-Elemennya, kemungkinan terdapat mana-mana Elemennya yang gagal berfungsi dengan betul.
- atau juga kemungkinan Elemen-Elemennya tidak disusun dengan betul
- atau mungkin juga salah satu "Connector" yang menghubungkan antara elemen-elemen kereta tersebut telah rosak, hilang, tercabut atau sebagainya yang menjadikan kereta tersebut gagal menjalankan Proses-Prosesnya sebagai satu "Integrated System" sebuah kereta.
Dengan cara di atas kamu sudah bisa lebih mengenali kereta kamu daripada sebelumnya dalam hanya beberapa minit saja. Kaitkanlah dengan manusia, pokok, alam dan sebagainya. Hasilnya adalah sama kerana semua yang wujud adalah merupakan KONSEP-KONSEP.