Showing posts with label KONSEP. Show all posts
Showing posts with label KONSEP. Show all posts

Thursday, October 29, 2009

PELAJARAN KELAPAN: ELEMEN-ELEMEN

  • Bahagian pertama daripada sifir KONSEP adalah ELEMEN.

  • Pada setiap kewujudan terdapat sekurang-kurangnya dua jenis ELEMEN yang saling berinteraksi antara sama lain, ianya berpasangan dan sebegitu rapat sehingga mana-mana satu jenis ELEMEN ini tidak bisa terus hidup tanpa pasangannya yang lain.

  • Jika pada manusia dua jenis ELEMEN tersebut adalah:-
1) ELEMEN FIZIKAL
2) ELEMEN META-FIZIKAL

atau elemen yang bersifat jasadi dan ruhi.

  • Jasad dan Ruh merupakan dua jenis pasangan ELEMEN yang ada pada setiap kewujudan manusia di alam ini. Hasil INTERAKSI antara 2 jenis ELEMEN ini maka timbullah SUB-SUB ELEMEN yang lain pada diri seseorang manusia seperti EMOSI, KEHENDAK, NAFSU, HAWA dan SEMANGAT atau AMMARAH.

  • Yang di atas jika kita ambil manusia sebagai subjek kajian, jika misalnya pada kereta, selain daripada ELEMEN yang bersifat FIZIKAL, juga terdapat ELEMEN yang bersifat META-FIZIKAL padanya. Tenaga Elektrik yang terhasil daripada tindakbalas bahan api yang menggerakkan sesebuah kereta contohnya adalah merupakan ELEMEN yang bersifat META-FIZIKAL. Hasil tindakbalas antara ELEMEN FIZIKAL dan META-FIZIKAL pada kereta ini akan pula menerbitkan SUB-SUB ELEMEN yang lain pada kereta, seperti habanya, asapnya, deruman enjinya, kuasa kudanya dan lain-lain.

  • Tanpa Ruh Jasad tidak bisa terus hidup begitulah sebaliknya, pada manusia.

  • Tanpa "Ruh"Tenaga Elektrik yang terhasil daripada tindak balas bahan api pada sesebuah kereta, "jasad" kereta tentunya tidak akan bisa kemana-mana.

  • Fahamilah perkara ini dengan sebaiknya. Ingatlah sifir di bawah:-

  • ELEMEN = FIZIKAL + META-FIZIKAL (=) SUB ELEMEN.

Friday, October 16, 2009

PELAJARAN KEDUA: KONSEP

Kamu harus bisa mengerti bahawa segala sesuatu yang wujud di alam ini adalah merupakan KONSEP-KONSEP. Apakah itu KONSEP?

KONSEP tak terdefinisi tapi ianya bisa dipecahkan kepada beberapa bahagian.
KONSEP terdiri daripada:
(In English)

1. Elements
2. Functions
3. Priority Arrangement
4. Connector
5. Integrated System
6. Process
7. Effects

Fahamilah perkara ini dan fikirlah sebaiknya. Ia akan membantu kamu menyelesaikan banyak perkara mengenai kewujudan.
Contoh:-
  • Sebuah kereta adalah satu KONSEP.

  • Lalu senaraikan apakah Elemen-Elemen yang ada pada sebuah kereta satu persatu. Seperti tayar, stering, bateri dan sebagainya

  • Setiap Elemen pada kereta mesti ada Fungsi masing-masing. Kenalilah setiap Fungsi bagi setiap Elemen yang ada pada kereta satu persatu. Seperti tayar apa fungsinya, bateri apa fungsinya dan sebagainya.

  • Setiap Elemen yang ada pada kereta juga mestilah disusun dan diletakkan ditempat yang sesuai untuknya bagi membolehkan ianya berfungsi, seperti tayar tidak boleh letak kat stering dan seterusnya. Kenali bagaimanakah menyusun setiap Elemen mengikut kedudukan yang telah dikhaskan untuknya bagi membolehkan ianya berfungsi dengan betul.

  • Setiap Elemen pada kereta mestilah mempunyai "Connector" tertentu yang menghubungkannya dengan Elemen-Eleman yang lain pada kereta itu bagi membolehkan setiap Elemen itu saling bantu membantu dan beroperasi sebagai satu "Integrated System" sebuah kereta. Ketahuilah kedudukan "Connectors" tersebut satu persatu.

  • Dan kereta sebagai sebuah "Intergrated System", tentulah ianya mempunyai Proses-Proses tertentu bagi membolehkannya mempunyai Kesan sebagai sebuah kereta. Kenalilah Proses-Proses tersebut.

  • Oleh itu jika kereta anda tidak boleh berfungsi maka tentulah kereta tersebut sama ada:-

  • Tidak mempunyai cukup Elemen sebagai sebuah kereta
  • atau jika cukup Elemen-Elemennya, kemungkinan terdapat mana-mana Elemennya yang gagal berfungsi dengan betul.
  • atau juga kemungkinan Elemen-Elemennya tidak disusun dengan betul
  • atau mungkin juga salah satu "Connector" yang menghubungkan antara elemen-elemen kereta tersebut telah rosak, hilang, tercabut atau sebagainya yang menjadikan kereta tersebut gagal menjalankan Proses-Prosesnya sebagai satu "Integrated System" sebuah kereta.

Dengan cara di atas kamu sudah bisa lebih mengenali kereta kamu daripada sebelumnya dalam hanya beberapa minit saja. Kaitkanlah dengan manusia, pokok, alam dan sebagainya. Hasilnya adalah sama kerana semua yang wujud adalah merupakan KONSEP-KONSEP.