Friday, October 16, 2009

PELAJARAN KEEMPAT: KONTEKS 2

KONTEKS adalah terdiri daripada perkara di bawah:-

  1. RUANG
  2. MASA
  3. TEMPAT
  4. SITUASI
  5. DIMENSI
  6. JARAK
  7. KADAR

Sesuatu KONSEP mesti wujud dalam KONTEKSnya yang tersendiri. SIFAT dan AF'AL sesuatu KONSEP amatlah bergantung kepada KONTEKS di mana ianya wujud.

KONSEP boleh wujud dalam beberapa KONTEKS yang tertentu pada sesuatu masa.

Kita boleh katakan begini:-

SIFAT dan AF'AL sesebuah KONSEP adalah tergantung kepada MASA, RUANG, SITUASI atau TEMPAT di mana sesebuah KONSEP itu berada.

Manakala DIMENSI, JARAK dan KADAR adalah merupakan ukuran (DEGREE) kekuatan atau kelemahan sesuatu SIFAT dan AF'AL sesebuah KONSEP dalam KONTEKSnya yang tertentu.

Sifir ini amatlah mudah. Pelajari dan kenalilah ia secukupnya.

PELAJARAN KETIGA: KONTEKS

Bagi memahami SIFAT dan AF'AL (Tindak Kerja atau Perbuatan) yang dimiliki oleh sesebuah KONSEP, kamu harus mengetahui bahawa setiap KONSEP yang ada di alam ini, wujudnya adalah tertakluk kepada KONTEKS-KONTEKS yang tertentu.


KONSEP dan KONTEKS adalah dua wujud yang tidak akan terpisah selamanya. KONTEKSlah yang menentukan SIFAT dan AF'AL sesebuah KONSEP.

Fahamilah perkara ini dengan sebaiknya. Kamu akan memiliki daya kreativiti yang tak terhingga, jika sahaja kamu bisa menguasai sifir ini sepenuhnya.

Ingatlah bahawa:-

KONSEP + KONTEKS = SIFAT + AF'AL (KONSEP)

Misalnya

BAPA (konsep) + TEMPAT KERJA (konteks) = SIFAT bapa ditempat kerja + AF'AL bapa ditempat kerja.

Sekarang kamu telah bisa lebih mengenali BAPA kamu sendiri dengan lebih baik. Apakah yang kamu bisa berbuat dengan sesuatu KONSEP jika kamu telah mengenalinya dengan sebenar-benar pengenalan?

Kaitkanlah dengan segala sesuatu, kamu pasti akan menguasai sifir ini. InsyaAllah.

Selanjutnya senaraikanlah sejumlah KONTEKS yang kamu bisa fikirkan. Nanti aku akan memberikan jawapannya di PELAJARAN KEEMPAT.

PELAJARAN KEDUA: KONSEP

Kamu harus bisa mengerti bahawa segala sesuatu yang wujud di alam ini adalah merupakan KONSEP-KONSEP. Apakah itu KONSEP?

KONSEP tak terdefinisi tapi ianya bisa dipecahkan kepada beberapa bahagian.
KONSEP terdiri daripada:
(In English)

1. Elements
2. Functions
3. Priority Arrangement
4. Connector
5. Integrated System
6. Process
7. Effects

Fahamilah perkara ini dan fikirlah sebaiknya. Ia akan membantu kamu menyelesaikan banyak perkara mengenai kewujudan.
Contoh:-
  • Sebuah kereta adalah satu KONSEP.

  • Lalu senaraikan apakah Elemen-Elemen yang ada pada sebuah kereta satu persatu. Seperti tayar, stering, bateri dan sebagainya

  • Setiap Elemen pada kereta mesti ada Fungsi masing-masing. Kenalilah setiap Fungsi bagi setiap Elemen yang ada pada kereta satu persatu. Seperti tayar apa fungsinya, bateri apa fungsinya dan sebagainya.

  • Setiap Elemen yang ada pada kereta juga mestilah disusun dan diletakkan ditempat yang sesuai untuknya bagi membolehkan ianya berfungsi, seperti tayar tidak boleh letak kat stering dan seterusnya. Kenali bagaimanakah menyusun setiap Elemen mengikut kedudukan yang telah dikhaskan untuknya bagi membolehkan ianya berfungsi dengan betul.

  • Setiap Elemen pada kereta mestilah mempunyai "Connector" tertentu yang menghubungkannya dengan Elemen-Eleman yang lain pada kereta itu bagi membolehkan setiap Elemen itu saling bantu membantu dan beroperasi sebagai satu "Integrated System" sebuah kereta. Ketahuilah kedudukan "Connectors" tersebut satu persatu.

  • Dan kereta sebagai sebuah "Intergrated System", tentulah ianya mempunyai Proses-Proses tertentu bagi membolehkannya mempunyai Kesan sebagai sebuah kereta. Kenalilah Proses-Proses tersebut.

  • Oleh itu jika kereta anda tidak boleh berfungsi maka tentulah kereta tersebut sama ada:-

  • Tidak mempunyai cukup Elemen sebagai sebuah kereta
  • atau jika cukup Elemen-Elemennya, kemungkinan terdapat mana-mana Elemennya yang gagal berfungsi dengan betul.
  • atau juga kemungkinan Elemen-Elemennya tidak disusun dengan betul
  • atau mungkin juga salah satu "Connector" yang menghubungkan antara elemen-elemen kereta tersebut telah rosak, hilang, tercabut atau sebagainya yang menjadikan kereta tersebut gagal menjalankan Proses-Prosesnya sebagai satu "Integrated System" sebuah kereta.

Dengan cara di atas kamu sudah bisa lebih mengenali kereta kamu daripada sebelumnya dalam hanya beberapa minit saja. Kaitkanlah dengan manusia, pokok, alam dan sebagainya. Hasilnya adalah sama kerana semua yang wujud adalah merupakan KONSEP-KONSEP.

PELAJARAN PERTAMA: GOLONGAN MANUSIA

  • Jika saja kita disuruh kategorikan seluruh golongan manusia di alam ini berasaskan kewujudan semulajadinya maka ke dalam berapa kategorikah manusia di alam ini dapat digolongkan? 100 kategori? 100,000 kategori? Berapa?

    Fikirlah sebelum kamu membaca jawapan yang telah ku berikan dibawah ini. Fikirlah anakku, ini akan membantu menajamkan fikiran kamu.









    JAWAPAN:-

    Dari sisi kewujudan semulajadinya manusia hanya bisa digolongkan kedalam 7 golongan sahaja. Dalam bahasa apapun kategorinya diterjemahkan, hanya terdapat 7 golongan manusia sahaja. Tujuh golongan ini adalah:-

  1. AKU
  2. KAU
  3. KAMI
  4. KAMU
  5. MEREKA
  6. DIA
  7. KITA

Maka ciptalah sifir-sifir berkenaan manusia sekehendakmu. Fikirlah sejenak. Apakah sifir-sifir yang bisa kamu ciptakan dari kategori diatas.

Atau cubalah ini:-

Apakah dunia ini akan jadi aman jika AKU, KAU, KAMI, KAMU, MEREKA dan DIA menjadi KITA?

Bagaimanakah AKU bisa menjadikan KAU, MEREKA, KAMU, KAMI dan DIA sebagai KITA?

Atau fikirkanlah mengapa hanya 7?. Apalagi perkara yang penting bagi manusia yang mempunyai bilangan 7?. Ayat mana yang selalu dibaca oleh si Mukmin yang mengandungi bilangan 7? Kaitkanlah sekehendakmu. Itulah SIFIR-SIFIRnya.