Sunday, October 18, 2009

KEBENARAN : TINJAUAN AWAL



Truth - Types of truth.


  • Truth - Subjective versus objective

Subjective truths are those with which we are most intimately acquainted. That I like broccoli or that I have a pain in my foot are both subjectively true. Metaphysical subjectivism holds that all we have are such truths. That is, that all we can know about are, one way or another, our own subjective experiences. This view does not necessarily reject realism. But at the least it claims that we cannot have direct knowledge of the real world. In contrast, objective truths are supposed in some way to be independent of our subjective beliefs and tastes. Such truths would subsist not in the mind but in the external object.


  • Truth - Relative versus absolute.

Relative truths are statements or propositions that are true only relative to some standard or convention or point-of-view. Usually the standard cited is the tenets of one's own culture. Everyone agrees that the truth or falsity of some statements is relative: That the fork is to the left of the spoon depends on where one stands. But Relativism is the doctrine that all truths within a particular domain (say, morality or aesthetics) are of this form, and Relativism entails that what is true varies across cultures and eras. For example, Moral relativism is the view that moral truths are socially determined. Some logical issues about Relativism are taken up in the article on the relativist fallacy.

Relative truths can be contrasted with absolute truths. The latter are statements or propositions that are taken to be true for all cultures and all eras. For example, for Muslims "God is great" expresses an absolute truth; for the microeconomist, that the laws of supply and demand determine the value of any consumable in a market economy is true in all situations; for the Kantian, "act only according to that maxim by which you can at the same time will that it should become a universal law" forms an absolute moral truth. They are statements that are often claimed to emanate from the very nature of the universe, God, human nature, or some other ultimate essence or transcendental signifier.

Absolutism in a particular domain of thought is the view that all statements in that domain are either absolutely true or absolutely false: none is true for some cultures or eras while false for other cultures or eras. For example, Moral absolutism is the view that moral claims such as "Abortion is wrong" or "Charity is good" are either true for all people in all times or false for all people in all times.


KATEGORI KEBENARAN:-

  1. SUBJEKTIF


  2. OBJEKTIF


  3. RELATIF


  4. MUTLAK/ABSOLUTE.

KEBENARAN juga adalah merupakan sebuah KONSEP. Jadi tidak hairanlah jika KEBENARAN juga mempunyai KONTEKS-KONTEKSnya yang tersendiri.



RELAKS


What is Courage?
Hearing more than others think is wise;
Risking more than others think is safe;
Dreaming more than others think is practical;
Expecting more than others think is possible."
Admiral Arleigh Burke



Saturday, October 17, 2009

PELAJARAN KELIMA :ULANGKAJI DAN PENERANGAN TAMBAHAN

  • Ketahuilah setiap WUJUD yang ada di alam ini adalah merupakan sebuah KONSEP. KONSEP ini pula terikat dengan KONTEKSnya masing-masing. Keterikatan sebuah KONSEP dengan KONTEKS inilah yang menentukan SIFAT-SIFAT dan AF'AL-AF'AL sebuah KONSEP.

  • Untuk mengenal sebuah KONSEP maka mestilah dikenali dahulu bahagian-bahagian yang dimiliki oleh sesebuah KONSEP itu. Bahagian-bahagian KONSEP terdiri daripada:-

  • Elements
  • Functions
  • Priority Arrangement
  • Connector
  • Integrated System
  • Process
  • Effects

KONSEP = Elements + Functions + Priority Arrangement + Connector + Integrated System + Process + Effects

  • Semua KONSEP adalah terikat dengan KONTEKS. Bahagian-bahagian KONTEKS terdiri daripada:-

  • Ruang
  • Masa
  • Tempat
  • Situasi
  • Dimensi
  • Jarak
  • Kadar

KONTEKS = RUANG + MASA + TEMPAT + SITUASI + DIMENSI + JARAK + KADAR (DEGREE)

  • Bahagian-bahagian KONTEKS inilah yang menentukan SIFAT dan AF'AL sesebuah KONSEP.

KONSEP + KONTEKS = SIFAT + AF'AL (KONSEP)

  • Sesuatu KONSEP boleh diubah sehingga menjadikannya sebuah KONSEP yang baru dengan cara menggantikan bahagian-bahagian KONSEP dan KONTEKS itu sendiri dengan ALTERNATIF-ALTERNATIF yang sesuai dengannya.

KONSEP (ALTERNATIVE) + KONTEKS (ALTERNATIVE) = KONSEP (baru) dengan SIFAT (baru) dan AF'AL (baru).

  • WUJUD adalah KONSEP dalam KONTEKS.

WUJUD = KONSEP + KONTEKS

  • Bila KONSEP terikat dengan KONTEKS ianya akan menerbitkan SIFAT dan AF'AL

KONSEP + KONTEKS = SIFAT + AF'AL

  • SIFAT dan AF'AL sesebuah KONSEP dalam KONTEKSnya, mempunyai SISTEM-SISTEM kewujudannya yang tersendiri.

SIFAT+ AF'AL = SISTEM

  • Oleh itu secara keseluruhannya dapat disimpulkan sebegini:-

EXISTENCE = CONCEPT + CONTEXT, whereas,
CONCEPT + CONTEXT = SIFAT + AF'AL , whereas,
SIFAT + AF'AL = SYSTEM OF EXISTENCES

Ketahuilah bahawa jika saja kita bisa mengenali dan memahami sesuatu WUJUD (existences) dan SISTEMnya itu dengan sebenar-benar pengenalan dan pemahaman maka kita boleh memilih untuk:-

  1. SUBMIT TO THE SYSTEM OF EXISTENCE
  2. MODIFY THE SYSTEM OF EXISTENCE
  3. MANIPULATE THE SYSTEM OF EXISTENCE
  4. BEAT THE SYSTEM OF EXISTENCE
  5. CREATE ANOTHER SYSTEM OF EXISTENCE

  • Ketahuilah bahawa KONSEP baru boleh dicipta melalui PROSES ALTERNATIF. PROSES ALTERNATIF adalah terdiri daripada MODIFICATION, AMENDMENT, CHANGING or REDESIGN terhadap bahagian-bahagian KONSEP dan KONTEKS. ALTERNATIVE adalah berkaitan dengan PROSES.

ALTERNATIVE = PROCESS

PROCESS of ALTERNATIVE = MODIFY + AMEND + TRANSFORM + CHANGE +DESIGN

KONSEP (ALTERNATIVE) + KONTEKS (ALTERNATIVE) = KONSEP atau KEWUJUDAN yang baru dengan SIFAT dan AF'AL yang baru.

KONSEP (baru) + KONTEKS (baru) = SIFAT (baru) + AF'AL (baru)

SIFAT (baru) + AF'AL (baru) = SISTEM (baru)

SISTEM (baru) = WUJUD (baru).

  • Aku amat berharap agar kamu bisa memahami dan menguasai kesemua sifir-sifir diatas. Jika kamu tidak memahaminya atau mempunyai sebarang pertanyaan, kirimkan e mail kamu ke : patirasa@gmail.com aku akan menerangkan lagi kepada kamu.

Wallahu a'lam. Wala ilaha illallah. Wahdahu la syariikalah. Wa anna Muhammadan 'abduhu wa rasuluh.

Friday, October 16, 2009

PELAJARAN KEEMPAT: KONTEKS 2

KONTEKS adalah terdiri daripada perkara di bawah:-

  1. RUANG
  2. MASA
  3. TEMPAT
  4. SITUASI
  5. DIMENSI
  6. JARAK
  7. KADAR

Sesuatu KONSEP mesti wujud dalam KONTEKSnya yang tersendiri. SIFAT dan AF'AL sesuatu KONSEP amatlah bergantung kepada KONTEKS di mana ianya wujud.

KONSEP boleh wujud dalam beberapa KONTEKS yang tertentu pada sesuatu masa.

Kita boleh katakan begini:-

SIFAT dan AF'AL sesebuah KONSEP adalah tergantung kepada MASA, RUANG, SITUASI atau TEMPAT di mana sesebuah KONSEP itu berada.

Manakala DIMENSI, JARAK dan KADAR adalah merupakan ukuran (DEGREE) kekuatan atau kelemahan sesuatu SIFAT dan AF'AL sesebuah KONSEP dalam KONTEKSnya yang tertentu.

Sifir ini amatlah mudah. Pelajari dan kenalilah ia secukupnya.

PELAJARAN KETIGA: KONTEKS

Bagi memahami SIFAT dan AF'AL (Tindak Kerja atau Perbuatan) yang dimiliki oleh sesebuah KONSEP, kamu harus mengetahui bahawa setiap KONSEP yang ada di alam ini, wujudnya adalah tertakluk kepada KONTEKS-KONTEKS yang tertentu.


KONSEP dan KONTEKS adalah dua wujud yang tidak akan terpisah selamanya. KONTEKSlah yang menentukan SIFAT dan AF'AL sesebuah KONSEP.

Fahamilah perkara ini dengan sebaiknya. Kamu akan memiliki daya kreativiti yang tak terhingga, jika sahaja kamu bisa menguasai sifir ini sepenuhnya.

Ingatlah bahawa:-

KONSEP + KONTEKS = SIFAT + AF'AL (KONSEP)

Misalnya

BAPA (konsep) + TEMPAT KERJA (konteks) = SIFAT bapa ditempat kerja + AF'AL bapa ditempat kerja.

Sekarang kamu telah bisa lebih mengenali BAPA kamu sendiri dengan lebih baik. Apakah yang kamu bisa berbuat dengan sesuatu KONSEP jika kamu telah mengenalinya dengan sebenar-benar pengenalan?

Kaitkanlah dengan segala sesuatu, kamu pasti akan menguasai sifir ini. InsyaAllah.

Selanjutnya senaraikanlah sejumlah KONTEKS yang kamu bisa fikirkan. Nanti aku akan memberikan jawapannya di PELAJARAN KEEMPAT.

PELAJARAN KEDUA: KONSEP

Kamu harus bisa mengerti bahawa segala sesuatu yang wujud di alam ini adalah merupakan KONSEP-KONSEP. Apakah itu KONSEP?

KONSEP tak terdefinisi tapi ianya bisa dipecahkan kepada beberapa bahagian.
KONSEP terdiri daripada:
(In English)

1. Elements
2. Functions
3. Priority Arrangement
4. Connector
5. Integrated System
6. Process
7. Effects

Fahamilah perkara ini dan fikirlah sebaiknya. Ia akan membantu kamu menyelesaikan banyak perkara mengenai kewujudan.
Contoh:-
  • Sebuah kereta adalah satu KONSEP.

  • Lalu senaraikan apakah Elemen-Elemen yang ada pada sebuah kereta satu persatu. Seperti tayar, stering, bateri dan sebagainya

  • Setiap Elemen pada kereta mesti ada Fungsi masing-masing. Kenalilah setiap Fungsi bagi setiap Elemen yang ada pada kereta satu persatu. Seperti tayar apa fungsinya, bateri apa fungsinya dan sebagainya.

  • Setiap Elemen yang ada pada kereta juga mestilah disusun dan diletakkan ditempat yang sesuai untuknya bagi membolehkan ianya berfungsi, seperti tayar tidak boleh letak kat stering dan seterusnya. Kenali bagaimanakah menyusun setiap Elemen mengikut kedudukan yang telah dikhaskan untuknya bagi membolehkan ianya berfungsi dengan betul.

  • Setiap Elemen pada kereta mestilah mempunyai "Connector" tertentu yang menghubungkannya dengan Elemen-Eleman yang lain pada kereta itu bagi membolehkan setiap Elemen itu saling bantu membantu dan beroperasi sebagai satu "Integrated System" sebuah kereta. Ketahuilah kedudukan "Connectors" tersebut satu persatu.

  • Dan kereta sebagai sebuah "Intergrated System", tentulah ianya mempunyai Proses-Proses tertentu bagi membolehkannya mempunyai Kesan sebagai sebuah kereta. Kenalilah Proses-Proses tersebut.

  • Oleh itu jika kereta anda tidak boleh berfungsi maka tentulah kereta tersebut sama ada:-

  • Tidak mempunyai cukup Elemen sebagai sebuah kereta
  • atau jika cukup Elemen-Elemennya, kemungkinan terdapat mana-mana Elemennya yang gagal berfungsi dengan betul.
  • atau juga kemungkinan Elemen-Elemennya tidak disusun dengan betul
  • atau mungkin juga salah satu "Connector" yang menghubungkan antara elemen-elemen kereta tersebut telah rosak, hilang, tercabut atau sebagainya yang menjadikan kereta tersebut gagal menjalankan Proses-Prosesnya sebagai satu "Integrated System" sebuah kereta.

Dengan cara di atas kamu sudah bisa lebih mengenali kereta kamu daripada sebelumnya dalam hanya beberapa minit saja. Kaitkanlah dengan manusia, pokok, alam dan sebagainya. Hasilnya adalah sama kerana semua yang wujud adalah merupakan KONSEP-KONSEP.

PELAJARAN PERTAMA: GOLONGAN MANUSIA

  • Jika saja kita disuruh kategorikan seluruh golongan manusia di alam ini berasaskan kewujudan semulajadinya maka ke dalam berapa kategorikah manusia di alam ini dapat digolongkan? 100 kategori? 100,000 kategori? Berapa?

    Fikirlah sebelum kamu membaca jawapan yang telah ku berikan dibawah ini. Fikirlah anakku, ini akan membantu menajamkan fikiran kamu.









    JAWAPAN:-

    Dari sisi kewujudan semulajadinya manusia hanya bisa digolongkan kedalam 7 golongan sahaja. Dalam bahasa apapun kategorinya diterjemahkan, hanya terdapat 7 golongan manusia sahaja. Tujuh golongan ini adalah:-

  1. AKU
  2. KAU
  3. KAMI
  4. KAMU
  5. MEREKA
  6. DIA
  7. KITA

Maka ciptalah sifir-sifir berkenaan manusia sekehendakmu. Fikirlah sejenak. Apakah sifir-sifir yang bisa kamu ciptakan dari kategori diatas.

Atau cubalah ini:-

Apakah dunia ini akan jadi aman jika AKU, KAU, KAMI, KAMU, MEREKA dan DIA menjadi KITA?

Bagaimanakah AKU bisa menjadikan KAU, MEREKA, KAMU, KAMI dan DIA sebagai KITA?

Atau fikirkanlah mengapa hanya 7?. Apalagi perkara yang penting bagi manusia yang mempunyai bilangan 7?. Ayat mana yang selalu dibaca oleh si Mukmin yang mengandungi bilangan 7? Kaitkanlah sekehendakmu. Itulah SIFIR-SIFIRnya.