Monday, November 16, 2009

REFLEKSI

  • Setitik dakwat, dipanjangkan akan menjadi satu garisan. Jika dibulatkan akan menjadi satu bulatan. Sebagai asasnya, hanya terdapat tiga bentuk yang utama, iaitu TITIK, GARISAN dan BULATAN. Beberapa garisan disatukan akan membentuk segi tiga, segi empat, segi lima dan seterusnya. Beberapa garisan dan bulatan juga bisa disatukan. Semua ini akan membentuk apa yang dipanggil sebagai FORMS and SHAPES.

    Forms and Shapes, tergantung kepada bagaimana ianya dibentukkan, akan mempunyai saiz-saiz yang berbeza ; besar, sederhana atau kecil. Namun saiz ini adalah sesuatu yang RELATIF, besar atau kecil mesti diperbandingkan, jika tiada perbandingan maka kita tidak akan menemukan MAKNA besar, sederhana dan kecil.

    Perbandingan ini pula akan menerbitkan satu konsep baru yang dikenali sebagai "DEGREE". Apakah DEGREE perbandingan yang dibuat? apakah yang besar? apakah yang kecil? apakah yang terkecil antara yang kecil? apakah yang terbesar antara yang terbesar? dikalangan yang besar, manakah yang terkecil? dikalangan yang kecil, manakah yang terbesar? dan sebagainya.

    Seperti yang kita lihat dari soalan-soalan di atas, DEGREE menuntut adanya KONTEKS. Apakah konteks perbandingan yang dibuat? Perbandingan di kalangan yang KECIL? atau Perbandingan di kalangan yang BESAR?

    Namun, walaupun apapun KONTEKS perbandingan yang dibuat, apakah hal-hal yang ingin dicari melalui perbandingan yang dibuat?

    Terdapat tiga poin utama yang dicari, pertama adalah satu titik yang terkecil, kedua satu titik yang terbesar dan ketiga adalah satu titik TENGAH antara kedua-duanya. Ketiga-tiga titik ini adalah satu KONSEP yang dikenali sebagai THE DEGREE OF RELATIVITY CONCEPT.

    Dengan mengetahui TITIK TENGAH antara dua titik yang bertentangan, maka kita akan mengetahui DEGREE sifat dan saiz bagi sesuatu perkara yang sedang kita renungkan. Sama ada sesuatu itu lebih besar sedikit dari KECIL atau lebih kecil sedikit dari BESAR. Semua perkara yang berSAIZ akan terangkum di dalam DEGREE-DEGREEnya yang tersendiri.

    Bagi tujuan memudahkan pemahaman, bolehlah kita katakan sebagai berikut, setiap FORMS AND SHAPES asalnya terbentuk dari satu TITIK. TITIK ini pula bisa diubah kepada dua bentuk asas sahaja iaitu bentuk GARISAN dan BULATAN. Gabungan antara garisan-garisan dan bulatan-bulatan inilah yang akhirnya akan menjelmakan FORMS and SHAPES.

    FORMS and SHAPES ini pula mempunyai SAIZ-SAIZnya yang tersendiri, SAIZ-SAIZ ini pula tergantung kepada KONTEKS perbandingannya, adalah merupakah satu KONSEP yang bersifat RELATIF.

    Sesuatu KONSEP yang bersifat RELATIF mahu tidak mahu akan mempunyai DEGREES OF RELATIVITYnya yang tersendiri. DEGREES OF RELATIVITY ini pula menuntut adanya SATU TITIK TENGAH antara DUA POIN yang bertentangan. Hubungan antara TITIK TENGAH dan DUA POIN yang bertentangan inilah yang akan mengungkapkan MAKNA-MAKNA di sebalik sesuatu SHAPES and FORMS.

    Dengan MENYEDARI, MENGETAHUI, MENYELIDIKI dan MEMAHAMI natijah-natijah DEGREES OF RELATIVITY dan hubungan antara TITIK TENGAH dengan DUA POIN yang bertentangan tersebut, maka barulah kita akan memahami SIFAT dan AF'AL sesebuah FORM and SHAPE.

    Namun di dalam dunia yang kita diami sekarang, FORMS and SHAPES adalah terjelma dalam kepelbagaian warna-warna. WARNA ini juga adalah merupakan simbol MAKNA-MAKNA yang dibawa oleh sesuatu FORMS and SHAPES. Namun walau apapun hubungan antara WARNA dan MAKNA ini, ianya adalah tetap berkaitan dengan makna-makna yang dibawa oleh DEGREE OF RELATIVITY dan TITIK TENGAH antara DUA POIN yang bertentangan bagi sesuatu SHAPE and FORM.

    WARNA, dari satu segi menentukan DEGREE KEKUATAN sesuatu MAKNA yang dibawa oleh sesuatu SHAPES and FORMS.

    Aku benar-benar berharap agar kamu semua bisa memahami perkara ini.