Tuesday, November 17, 2009

SEBELUM PELAJARAN SETERUSNYA

  • Sebelum aku meneruskan pelajaran seterusnya, kamu hafal dan fahamilah dengan betul-betul segala pelajaran yang telah ku ajarkan pada posting yang lepas-lepas.

  • Juga kamu harus sentiasa membaca posting-posting yang lepas kerana walaupun aku tidak membuat sebarang posting yang baru namun setiap hari aku akan membuat 'up-date" terhadap posting-postingku yang terdahulu dengan menambah isi kandungannya. Di sanalah adanya ilmu-ilmu baru untuk kamu semua.
  • PANDAIKAH KITA?
  • Apakah life skills?

  • Apakah ilmu-ilmu yang berkaitan dengan life skills?

  • Sudahkah kita menguasainya?

  • Apakah kita sudah boleh dikatakan telah menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan life skills?

  • Berapa banyakkah ilmu yang harus kita kuasai sebelum kita boleh dikatakan sebagai seorang yang telah mahir tentang aspek-aspek yang berkaitan dengan life skills?

  • Tanyalah diri kamu tentang soalan-soalan di atas dan jawablah dengan ikhlas.
  • LIFE SKILLS
  • Life skills bukanlah ilmu yang boleh diwarisi. Ianya tidak lahir bersama-sama kamu semasa kamu dilahirkan ke dunia ini dahulu dan yang paling penting, ilmu yang berkaitan dengan life skills tidak akan kamu dapati secara otomatis tanpa proses-proses pembelajaran.
  • Ianya adalah satu gabungan ilmu-ilmu yang bersifat sistematis dan harus dipelajari secara teratur. Di bawah adalah gambarajah yang berkenaan dengan jenis-jenis ilmu yang berkaitan dengan life skills. Jika kamu belum pernah melihat gambarajah dibawah dan belum pernah mendengar tentangnya, maka kamu bukanlah seorang yang mempunyai dan menguasai ilmu-ilmu yang berkaitan dengan life skills. Besarkanlah gambarajah dibawah dan pelajari ia satu persatu.


Jika kamu masih gagal membacanya maka gunakan Google, search image untuk perkataan "Life Skill Wheel".