Tuesday, November 3, 2009

PELAJARAN KE-13: KONSEP - INTEGRATED SYSTEM

  • Apabila sesebuah KONSEP telah cukup segala ELEMENnya dan setiap ELEMENnya itu berFUNGSI dan disusun mengikut tempat letaknya yang sesuai serta telah diHUBUNGkan antara satu sama lain mengikut aturan-aturannya maka sesebuah KONSEP itu akan menjadi sebuah KONSEP yang"WORKABLE". Setiap "WORKABLE CONCEPT" tidak dapat tidak mestilah mempunyai satu sitem kerjanya yang tersendiri. Sistem kerja ini tidak akan berubah sampai bila-bila selagi setiap ELEMEN yang ada padanya masih berFUNGSI dan tersusun pada tempat yang sepatutnya dan dihubungkan oleh CONNECTOR-CONNECTOR yang sesuai dengannya, antara satu sama lain.
  • Sistem kerja (WORKING SYSTEM) inilah yang dikenali sebagai INTEGRATED SYSTEM kepada sesebuah KONSEP. Berikut adalah beberapa prinsip yang berkaitan dengan INTEGRATED SYSTEM sesebuah KONSEP:-
  • 1) Setiap "WORKABLE CONCEPT" hanya mempunyai satu sahaja INTEGRATED SYSTEM.

  • 2) Setiap INTEGRATED SYSTEM mempunyai aturan-aturan yang tetap tentang bagaimana ianya berkerja.

  • 3) Aturan kerja setiap INTEGRATED SYSTEM adalah dalam bentuk yang teratur sistem kerjanya dan mempunyai PATTERN-PATTERN yang tertentu. Kemungkinan sesebuah INTEGRATED SYSTEM itu mempunyai sistem kerja yang "CHAOS" namun jika diteliti kembali maka kita akan dapati ianya adalah mengikuti sesuatu "PATTERN" yang teratur.

  • 4) Setiap INTEGRATED SYSTEM sesuatu KONSEP adalah merupakan "THE RULES & REGULATIONS" kepada sesebuah KONSEP tersebut.

  • 5) Jika sesuatu ELEMEN di dalam sesebuah KONSEP berubah samada dari segi FUNGSI atau tempat letaknya, perkara ini akan memberikan kesan secara keseluruhan terhadap '"THE WORKING SYSTEM" atau INTEGRATED SYSTEM kepada sesebuah KONSEP tersebut.

  • 6) WORKING SYSTEM setiap INTEGRATED SYSTEM boleh diubah cara kerjanya dengan cara mengurang atau menambah ELEMEN kepada sesebuah KONSEP atau dengan cara meningkat atau mengurangkan tahap kecekapan FUNGSI-FUNGSI kepada setiap ELEMEN atau menyusun kembali STRUKTUR SUSUN ATUR (PRIORITY ARRANGEMENT) setiap ELEMEN yang ada di dalam sesebuah KONSEP atau juga dengan mengubah cara hubungan dan/atau jenis-jenis CONNECTOR yang digunapakai di dalam sesebuah KONSEP yang tersebut.

Aku akan menyambungnya lagi kemudian.