Saturday, October 31, 2009

PELAJARAN KE-12: KONSEP - CONNECTOR

  • Apabila terdapat dua atau lebih ELEMEN di dalam sesuatu KONSEP maka sesuatu KONSEP tersebut memerlukan CONNECTOR untuk menghubungkan setiap ELEMEN yang wujud padanya, di antara satu ELEMEN dengan ELEMEN-ELEMENnya yang lain.
  • CONNECTOR, pada menjalankan tugasnya sebagai penghubung mempunyai kaitan dengan kesemua ELEMEN-ELEMEN yang ada di dalam sesebuah KONSEP secara terpadu.
  • CONNECTOR adalah merupakan NERVOUS SYSTEM kepada sesuatu KONSEP. Tanpa CONNECTOR, sesuatu KONSEP tidak akan berupaya untuk wujud secara berkesan.
  • Dari sisi yang lain, CONNECTOR adalah merupakan PENTERJEMAH yang mampu untuk menterjemahkan sesuatu KONSEP yang bersifat Teori kepada sebuah KONSEP yang bersifat Praktikal atau Realiti. Tanpanya sesebuah konsep hanya akan kekal sebagai sebuah Teori sahaja.
  • Apakah pada pandangan kamu yang membolehkan sebuah Teori diterjemahkan sebagai sebuah KONSEP yang bersifat Praktikal atau Realiti?
  • Dari TEORI kepada PRAKTIKALITI atau REALITI; Apakah yang bisa menghubungkan antara kedua-duanya sehingga sebuah Teori mampu diubah ke sebuah Praktikaliti atau Realiti?
  • Jawapannya adalah VIABILITY. "Viability"lah yang merupakan jambatan utama yang membolehkan sebuah Teori ditukarkan kepada sebuah Pratikaliti atau Realiti. Tanpa Viability sebuah Teori akan terus kekal sebagai sebuah Teori sahaja.
  • Walaupun sebanyak mana idea yang mampu kita ciptakan, ianya hanya akan tinggal sebagai idea-idea (teori) sahaja jika idea-idea itu tidak VIABLE untuk diterjemahkan kepada sebuah Realiti.
  • Dari sudut yang lain dapat kita katakan bahawa Praktikal atau tidaknya sesebuah Teori itu tergantung kepada sejauh mana ianya VIABLE untuk diterjemahkan sebagai sebuah Realiti. Di sini VIABILITY adalah merupakan CONNECTOR antara TEORI dan PRAKTIKALITI.
  • Secara umumnya CONNECTOR boleh dikatakan sebagai unsur utama kepada sesebuah KONSEP. Ianya merupakan sebuah NERVOUS SYSTEM kepada sesuatu KONSEP. Dengan kehadirannya, sesebuah KONSEP yang masih lagi di tahap Teoritis akan menjadi VIABLE untuk diterjemahkan kepada sebuah KONSEP yang bersifat PARKTIKALITI atau REALITI.
  • Kamu mesti ingat bahawa terdapat tiga karetristik utama kepada sesebuah CONNECTOR iaitu:-
  • 1. Ianya bersifat sebagai sebuah NERVOUS SYSTEM kepada sesebuah KONSEP.

  • 2. Ianya memberikan nilai-nilai yang bersifat VIABILITY kepada sesebuah KONSEP dan dengan itu menjadikan sesebuah KONSEP yang bersifat Teoritis berupaya untuk diterjemahkan kepada sebuah KONSEP yang bersifat Realiti.
  • 3. CONNECTOR dari segi keberadaanya, adalah merupakan TOOLS (ALAT-ALAT) yang perlu untuk menterjemahkan sesuatu Teori kepada satu Realiti yang Praktikal.