Monday, October 26, 2009

PELAJARAN KETUJUH: REFLEKSI

  • Alam ini dipenuhi oleh "kewujudan-kewujudan". Setiap kewujudan yang ada di alam ini mempunyai "universe-universe"nya masing-masing. Setiap "universe" yang wujud mempunyai STRUKTUR, SISTEM, PROSES, ATURAN dan TINDAKBALAS-TINDAKBALAS (INTERACTION)nya masing-masing. Semua karekteristik ini menjadikan sesebuah "universe kewujudan" yang ada di serata alam ini sebagai sebuah KONSEP yang tersendiri namun mempunyai kepelbagaian hubungkait dengan lain-lain "universe kewujudan" yang ada pada alam ini. Hubungkait antara sesebuah "universe kewujudan" dengan sesebuah "universe kewujudan" yang lain (contohnya dengan MASA dan RUANG {TIME-SPACE}) inilah yang menciptakan KONTEKS-KONTEKS bagi sesebuah KONSEP yang lantas mempengaruhi pula SIFAT dan AF'AL setiap KONSEP tersebut.

  • Bagi memahami setiap "universe kewujudan" dan melihat bagaimana interaksinya dengan lain-lain "universe kewujudan" maka kita memerlukan sifir-sifir tertentu bagi menguraikan terlebih dahulu unsur-unsur yang membentuk sesebuah "universe kewujudan" tersebut. Sifir yang berkaitan dengan KONSEP adalah "TOOLS" untuk menguraikan masalah ini.

  • Setelah unsur-unsur sesebuah "universe kewujudan" itu telah kita kenali dan fahami dengan sebenar-benarnya, maka kita perlu pula mengetahui dan memahami tentang interaksi antara sesebuah universe tersebut dengan "ruang" dan "masa" di mana ianya BERTEMPAT atau DITEMPATKAN. Interaksi sesebuah "universe kewujudan" dengan "ruang" dan "masa" nya inilah yang dinamakan KONTEKS, dan pada setiap KONTEKS yang berlainan di mana sesebuah "universe kewujudan" itu BERTEMPAT atau DITEMPATKAN, akan pastinya mewujudkan kepelbagaian kesan interaksi, sama ada kesan yang SERAGAM mahupun yang TIDAK SERAGAM terhadap sesebuah "universe kewujudan" tersebut. Kesan- kesan interaksi SERAGAM dan TIDAK SERAGAM inilah yang akhirnya akan menerbitkan SIFAT dan AF'AL sesebuah 'universe kewujudan". Sifir KONSEP + KONTEKS = SIFAT + AF'AL (KONSEP) adalah "TOOLS" bagi menguraikan masalah ini.

  • Setelah kita memahami segala sesuatu yang berkaitan dengan KONSEP, KONTEKS, SIFAT dan AF'AL sesebuah "universe kewujudan", maka barulah kita akan mampu menguasai atau memanipulasikan sesebuah "universe kewujudan" tersebut. Sifir yang berkaitan dengan ALTERNATIVE adalah merupakan "TOOLS" bagi membolehkan kita menguraikan persoalan-persoalan yang berkaitan.

  • Kesemua sifir-sifir yang disebut di atas dan seperti yang telah dipelajari di dalam pelajaran-pelajaran yang sebelum ini adalah merupakan gabungan bagi:-

  • 1. TOOLS FOR KNOWLEDGE
  • 2. TOOLS FOR THINKING
  • 3. TOOLS FOR UNDERSTANDING, setiap 'universe kewujudan" yang wujud di alam ini.

  • Oleh itu fahami dan kuasailah kesemua sifir-sifir tersebut sepenuhnya dan praktikkanlah di dalam kehidupan kamu sehari-hari untuk apa jua tujuan sekalipun.

  • Aku benar-benar berharap kamu sudah memahami apa yang telah aku ajarkan, kerana selepas ini aku akan memperincikan pula setiap bahagian dari sifir-sifir tersebut agar kamu boleh memanfaatkannya untuk segala "universe kewujudan" yang mempunyai gabungan unsur-unsur FIZIKAL dan METAFIZIKAL di dalam nya seperti MANUSIA dan lain-lain yang seumpamanya.

  • Pelajaran yang akan datang akan memerlukan HIMMAH yang tinggi dari kamu untuk memahaminya. Dan jikapun kamu gagal untuk memahaminya maka sifir-sifir umum yang telah aku ajarkan kepada kamu sebelum ini, sudah cukup untuk membentuk kamu sebagai seorang manusia mempunyai PENGETAHUAN, mampu BERFIKIR dan mempunyai DAYA KEFAHAMAN yang tinggi terhadap segala sesuatu yang berkaitan dengan setiap "universe kewujudan" yang dicipta di alam ini.