Saturday, October 24, 2009

TOOLS FOR THINKING VS CONCEPT AND METHOD OF THINKING

Aku sebenarnya mahu meneruskan Pelajaran Ketujuh untuk kamu semua, namun terlalu banyak e-mail yang aku terima berkenaan dengan pelajaran-pelajaran yang lalu yang menunjukkan bahawa di antara kamu masih ada mereka yang "kabur" tentang konsep asas sifir-sifir tersebut.

Sekarang akan aku terangkan tentang asas-asas kewujudan sifir-sifir tersebut, kenapa ianya dicipta dan untuk apa ianya dicipta.

1. Kamu harus mengetahui bahawa terdapat perbezaan yang besar antara ilmu tentang KONSEP DAN METODOLOGI BERFIKIR dengan ilmu tentang ALAT UNTUK BERFIKIR.

2. Apa yang aku ajarkan kamu adalah berkenaan dengan ALAT UNTUK BERFIKIR dan bukan tentang KONSEP DAN METODOLOGI BERFIKIR.

3. Jika kamu ingin membuat rumah lalu kamu membaca satu artikel tentang Konsep dan Kaedah untuk membuat rumah, maka sudah tentu kamu akan mendapat pengetahuan tentang konsep dan kaedah bagaimana sesebuah rumah itu akan dibangunkan. NAMUN ini tidak semestinya menjadikan kamu mampu untuk membina sebuah rumah.

4. Untuk kamu mampu membina sebuah rumah maka kamu harus belajar untuk mengenali apakah ALAT-ALAT yang kamu perlukan untuk membina sebuah rumah dan kamu juga perlu belajar untuk menggunakan segala ALAT-ALAT untuk membuat rumah tersebut seperti tukulnya, pemahatnya, sesikunya, alat pembancuh simennya, pemutar skrunya dan lain-lain. Setelah kamu mengenali dan tahu bagaimana caranya untuk menggunakan ALAT-ALAT untuk membuat sebuah rumah, maka barulah kamu akan berjaya untuk membina sebuah rumah yang kamu inginkan . Jika ini tidak kamu kuasai, maka kamu hanya akan tahu untuk membina rumah dari segi TEORINYA sahaja dan TIDAK dari segi PRAKTIKALNYA.

Jika ini keadaan kamu, maka kamu tidak usah membina rumah tersebut dengan tangan kamu sendiri, adalah lebih baik untuk kamu mengupah orang-orang yang menguasai ilmu-ilmu PRAKTIKAL tentang pembuatan rumah, bagi membina rumah kamu tersebut, sebelum apa-apa bencana menimpa kamu, akibat kejahilan kamu tentang proses pembuatan rumah tersebut secara PRAKTIKALNYA.

5. Apa yang aku ajarkan kepada kamu adalah berkenaan dengan apakah ALAT-ALAT yang kamu perlukan untuk BERFIKIR dan bagaimanakah cara untuk menggunakanya. Ianya TOOLS FOR THINKING. Ianya ibarat sebatang tukul dan pemahat yang mesti ada untuk kamu bagi tujuan membangunkan dinding sebuah rumah. Atau alat pembancuh simen yang perlu kamu gunakan bagi membancuh simen bagi membina dinding sebuah rumah yang lain.

6. Jika kamu hanya membaca sebuah artikel, misalnya tentang "Kepentingan Berfikir Secara Kreatif Bagi Mereka Yang Ingin Berjaya " kamu tidak semestinya secara otomatis bisa berfikir secara Kreatif. Apa kaitannya pengetahuan tentang "Kepentingan" berfikir secara kreatif dengan "Keupayaan" kamu untuk berfikir secara Kreatif? Jawapannya TIADA apa-apa kaitan.

7. Atau jika kamu membaca satu artikel tentang Pemikiran Kreatif, lalu penulis itu menyarankan kepada kamu bahawa untuk mencapai pemikiran kreatif kamu mestilah terlebih dahulu menenangkan minda kamu, duduk di satu ruang yang selesa kemudian cuba tarik nafas dalam-dalam, apakah itu akan membantu keupayaan kamu untuk menjadi seorang yang berfikiran kreatif? Jawabannya TIDAK sekali-kali.

8. Apa yang kamu perlukan adalah TOOLS FOR CREATIVE THINKING bukannya artikel-artikel tentang kepentingan pemikiran kreatif ataupun artikel-artikel tentang kejayaan orang-orang lain dalam menjana pemikiran kreatif.

9. Kamu sudah tentu banyak membaca artikel dari segala orang tentang pemikiran kreatif dan kamu mengetahui tentang segala konsep-konsepnya dengan terperinci namun jika aku tanyakan kepada kamu tentang apakah ALAT-ALAT pemikiran kreatif yang boleh kamu gunakan bagi menjana pemikiran kreatif, maka apakah jawaban kamu? Kena cukup tidur? Lebihkan makanan berkhasiat? Atau belajar cara bernafas? APAKAH JAWABAN KAMU?


10. Ketahuilah bahawa terdapat perbezaan yang amat besar antara ilmu berkenaan dengan THINKING CONCEPT AND METHOD dengan ilmu berkenaan dengan TOOLS FOR THINKING. Apa yang kamu ketahui adalah tentang konsep dan methodologi berfikir bukan tentang TOOLS FOR THINKING. Sesiapa yang tahu tentang TOOLS FOR THINKING lansung akan berupaya untuk berfikir tapi sesiapa yang hanya tahu tentang KONSEP ATAU METHOD untuk berfikir tidak semestinya berupaya untuk berfikir.

11. Pengetahuan tentang THINKING CONCEPT AND METHOD adalah pengetahuan tentang TEORI berfikir, sedangkan pengetahuan tentang TOOLS FOR THINKING adalah pengetahuan tentang "THE PRACTICAL ASPECT OF THINKING".

12. Terdapat perbezaan yang besar antara Edward De Bono dengan Tony Buzan. Edward bercakap tentang TOOLS FOR THINKING manakala Tony bercakap tentang METHOD OF THINKING. Itu sebabnya Tony Buzan hanya terkenal dengan sistem MIND MAPPINGnya sedangkan Edward De Bono mempunyai lebih 60 Tools For Thinking seperti CoRT THINKING TOOLS, Six Hat's Thinking Tools dan sebagainya

13. Jika kamu tidak pandai berfikir secara kreatif maka bagaimana kamu akan mampu untuk mengisi "Mind Map" kamu? Sedangkan MIND MAPPING hanyalah satu kaedah untuk meng ORGANISASIKAN pemikiran kamu kedalam satu GAMBARAN yang BESAR sahaja dan bukan merupakan ALAT untuk BERFIKIR atau satu ALAT untuk membantu kamu bagi menjana pemikiran kreatif. Aku harap kamu memahami perkara ini dengan jelas sekarang.

Secara ringkasnya BERFIKIR mempunyai banyak cabang Ilmu, antaranya ilmu tentang:-

1. KONSEP BERFIKIR
2. METODOLOGI BERFIKIR
3. GAYA BERFIKIR
4. JENIS PEMIKIRAN
5. DAN LAIN-LAIN.

14. Semua ILMU di atas adalah berkenaan dengan soalan "APAKAH DAN BAGAIMANAKAH BERFIKIR?" Manakala Ilmu tentang TOOLS FOR THINKING adalah berkenaan dengan soalan "APAKAH ALAT-ALAT YANG BOLEH DIGUNAKAN BAGI MEMBANTU MENJANA PEMIKIRAN?"

Fahamilah perkara ini dengan benar.