Friday, October 30, 2009

PELAJARAN KE-11: KONSEP-PRIORITY ARRANGEMENT

Untuk membolehkan sesuatu KONSEP berFUNGSI, ELEMEN-ELEMENnya mestilah diletakkan pada tempat yang sepatutnya ia berada.

Prinsip-prinsipnya adalah bahawa:-

  • "Setiap sesuatu mempunyai tempat kedudukannya yang tersendiri."

  • "Setiap sesuatu mestilah diletakkan pada tempat kedudukannya yang telah dikhaskan untuknya."

  • "Yang dahulu mesti di dahulukan dan yang kemudian mesti dikemudiankan."

  • "Setiap sesuatu adalah tergolong dalam kategori-kategorinya yang tertentu."

  • "Setiap sesuatu mempunyai aturan-aturan tertentu berkenaan dengan kewujudannya."

  • "Setiap sesuatu mempunyai kaitan-kaitan tertentu dengan sesuatu yang lain."

  • "Setiap sesuatu mempunyai pengaruh-pengaruh tertentu ke atas sesuatu yang lain."

Inilah yang dikenali sebagai prinsip-prinsip Keadilan.

Yang berkaitan dangan sifir ini adalah bahawa:-

  1. Setiap sesuatu adalah merupakan PASANGAN kepada sesuatu yang lain.
  2. Setiap sesuatu adalah merupakan LAWAN kepada sesuatu yang lain.
  3. Setiap sesuatu adalah merupakan PELENGKAP kepada sesuatu yang lain.
  4. Setiap sesuatu adalah merupakan BAHAGIAN-BAHAGIAN kepada sesuatu yang lain.

Hubung-kait antara sesuatu kewujudan dengan sesuatu kewujudan yang lain boleh wujud daripada beberapa segi, seperti:-

  1. RUPA
  2. BENTUK
  3. SIFAT
  4. SAIZ
  5. FORMAT
  6. KEDUDUKAN
  7. NISBAH/RELATIVITI
  8. WARNA
  9. DIMENSI

Lihat di sekitar kamu bagaimana Tuhan meletakkan segala sesuatu tepat-tepat pada tempatnya. Belajarlah dari perbuatan Tuhan ini.