Friday, October 16, 2009

PELAJARAN KETIGA: KONTEKS

Bagi memahami SIFAT dan AF'AL (Tindak Kerja atau Perbuatan) yang dimiliki oleh sesebuah KONSEP, kamu harus mengetahui bahawa setiap KONSEP yang ada di alam ini, wujudnya adalah tertakluk kepada KONTEKS-KONTEKS yang tertentu.


KONSEP dan KONTEKS adalah dua wujud yang tidak akan terpisah selamanya. KONTEKSlah yang menentukan SIFAT dan AF'AL sesebuah KONSEP.

Fahamilah perkara ini dengan sebaiknya. Kamu akan memiliki daya kreativiti yang tak terhingga, jika sahaja kamu bisa menguasai sifir ini sepenuhnya.

Ingatlah bahawa:-

KONSEP + KONTEKS = SIFAT + AF'AL (KONSEP)

Misalnya

BAPA (konsep) + TEMPAT KERJA (konteks) = SIFAT bapa ditempat kerja + AF'AL bapa ditempat kerja.

Sekarang kamu telah bisa lebih mengenali BAPA kamu sendiri dengan lebih baik. Apakah yang kamu bisa berbuat dengan sesuatu KONSEP jika kamu telah mengenalinya dengan sebenar-benar pengenalan?

Kaitkanlah dengan segala sesuatu, kamu pasti akan menguasai sifir ini. InsyaAllah.

Selanjutnya senaraikanlah sejumlah KONTEKS yang kamu bisa fikirkan. Nanti aku akan memberikan jawapannya di PELAJARAN KEEMPAT.