Friday, October 16, 2009

PELAJARAN PERTAMA: GOLONGAN MANUSIA

  • Jika saja kita disuruh kategorikan seluruh golongan manusia di alam ini berasaskan kewujudan semulajadinya maka ke dalam berapa kategorikah manusia di alam ini dapat digolongkan? 100 kategori? 100,000 kategori? Berapa?

    Fikirlah sebelum kamu membaca jawapan yang telah ku berikan dibawah ini. Fikirlah anakku, ini akan membantu menajamkan fikiran kamu.









    JAWAPAN:-

    Dari sisi kewujudan semulajadinya manusia hanya bisa digolongkan kedalam 7 golongan sahaja. Dalam bahasa apapun kategorinya diterjemahkan, hanya terdapat 7 golongan manusia sahaja. Tujuh golongan ini adalah:-

  1. AKU
  2. KAU
  3. KAMI
  4. KAMU
  5. MEREKA
  6. DIA
  7. KITA

Maka ciptalah sifir-sifir berkenaan manusia sekehendakmu. Fikirlah sejenak. Apakah sifir-sifir yang bisa kamu ciptakan dari kategori diatas.

Atau cubalah ini:-

Apakah dunia ini akan jadi aman jika AKU, KAU, KAMI, KAMU, MEREKA dan DIA menjadi KITA?

Bagaimanakah AKU bisa menjadikan KAU, MEREKA, KAMU, KAMI dan DIA sebagai KITA?

Atau fikirkanlah mengapa hanya 7?. Apalagi perkara yang penting bagi manusia yang mempunyai bilangan 7?. Ayat mana yang selalu dibaca oleh si Mukmin yang mengandungi bilangan 7? Kaitkanlah sekehendakmu. Itulah SIFIR-SIFIRnya.