Tuesday, October 20, 2009

PELAJARAN KEENAM: KEGUNAAN SIFIR-SIFIR

Jika kamu sudah memahami dan menghafal sifir-sifir yang telah aku ajarkan kepada kamu, maka sekarang aku akan menerangkan kepada kamu darihal kegunaan sifir-sifir tersebut.

  • SIFIR KONSEP
  • KONSEP = Elements + Functions + Priority Arrangement + Connector + Integrated System + Process + Effects
  • Guna sifir ini adalah untuk memperincikan sesuatu KONSEP mengikut juzuk-juzuknya yang tertentu (dari juzuk yang terbesar sehinggalah kepada juzuknya yang terkecil) bagi tujuan memahami SUSUN ATUR, STRUKTUR, PROSES dan SISTEM KERJA sesuatu KONSEP yang sedang diamati. Sifir ini bukan sahaja membolehkan kita memahami sesuatu KONSEP secara terperinci malah juga membolehkan kita untuk melihat sesuatu KONSEP yang sedang diamati secara GAMBARAN BESAR dari kepelbagaian sudutnya dengan setepat yang mungkin.
  • Penggunaan Sifir ini adalah secara INDUCTIVE-DEDUCTIVE CIRCULARITY.

  • SIFIR KONTEKS
  • KONTEKS = RUANG + MASA + TEMPAT + SITUASI + DIMENSI + JARAK + KADAR (DEGREE)
  • Guna sifir ini adalah untuk meneliti SIFAT dan AF'AL setiap juzuk yang wujud pada sesebuah KONSEP, tentang bagaimana ianya boleh berubah-berubah SIFAT dan AF'ALnya berdasarkan kepada KONTEKS-KONTEKS dimana setiap juzuk kepada sesebuah KONSEP itu ditempatkan. Perubahan kepada juzuk-juzuk KONSEP inilah yang akhirnya akan membawa kepada perubahan SIFAT dan AF'AL sesebuah KONSEP secara umum dan menyeluruh.
  • Sifir ini membolehkan kita memahami dengan jelas dan tepat segala SIFAT dan AF'AL sesebuah KONSEP secara JUZ'I dan KULLI di dalam KONTEKS-KONTEKSnya yang tertentu. Jika kamu mampu menguasai keseluruhan sifir ini, kamu akan mampu untuk meramalkan SIFAT dan AF'AL sesebuah KONSEP secara terperinci dan menyeluruh sepanjang kewujudan KONSEP tersebut.

  • SIFIR KETIGA
  • ALTERNATIVE = PROCESS
    PROCESS of ALTERNATIVE = MODIFY + AMEND + TRANSFORM + CHANGE +DESIGN
  • Setelah kamu memahami sesebuah KONSEP berserta dengan segala SIFAT dan AF'ALnya secara JUZ'I dan KULLI maka sekarang bolehlah kamu memulakan proses-proses PERUBAHAN terhadap sesuatu KONSEP sebagaimana yang kamu inginkan. Lihatlah kepada ELEMEN-ELEMEN sesebuah KONSEP dan bagaimana ianya berFUNGSI. Fikirkanlah bagaimana kamu bisa untuk meningkatkan keupayaan FUNGSI-FUNGSI sesuatu ELEMEN di dalam sesebuah KONSEP tersebut. Ataupun bagaimana kamu bisa memperbaiki SIFAT dan AF'AL sesuatu KONSEP supaya ianya mampu berFUNGSI secara optima di dalam pelbagai KONTEKS yang kamu tempatkannya.
  • Fikirlah ELEMEN APA kepada sesebuah KONSEP yang sepatutnya kamu TAMBAH, PERBAIKI, BINA-SEMULA, TUKAR atau GANTI bagi membolehkan sesebuah KONSEP itu dapat berFUNGSI secara OPTIMA di dalam kepelbagaian KONTEKnya.
  • CONTOH:-
  • Mata manusia tidak dapat melihat di dalam kegelapan malam. Namun, mata seekor kucing dapat melihat dengan jelas di dalam kegelapan malam. Tentunya pada mata si kucing terdapat satu atau beberapa ELEMEN yang tiada pada mata manusia sehingga membolehkannya melihat pada gelap malam. Perhatikanlah APAKAH ELEMEN-ELEMEN pada mata kucing tersebut, yang tiada pada manusia sehingga membolehkannya melihat pada malam hari.
  • Setelah kamu mengetahui ELEMEN-ELEMEN tersebut, sekarang cubalah kamu cari, cipta atau inovasikan ELEMEN-ELEMEN ALTERNATIVE yang sama FUNGSInya dengan ELEMEN-ELEMEN yang ada pada mata si kucing yang boleh kamu adaptasikan pada mata manusia, supaya mata manusia juga mampu BERFUNGSI untuk melihat di dalam gelap malam seperti yang mampu dilakukan pada mata kucing tersebut.
  • Sifir ini mestilah digabungkan secara serentak dengan kedua-dua sifir di atas dan gunanya adalah untuk MENGUBAH sesuatu KONSEP sama ada kearah yang lebih baik atau sebaliknya sekehendak hati kamu. Namun ingatlah akan pelajaran tentang "RAHMATAN FIL ALAMIN" yang telah aku ajarkan kepada kamu sebelum ini. PILIHLAH dan buatlah KEPUTUSAN kamu dengan TUJUAN "RAHMATAN FIL ALAMIN".
  • Semoga kamu mendapat anugerah ILMU dari ALLAH.